செவ்வாய், 2 டிசம்பர், 2008

Pelamin

Pelamin

Pelamin merupakan singgahsana raja sehari yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam majlis persandingan. Singgahsana merupakan perkataan Sanskrit yang mendukung maksud tempat bersemayam yang bermotifkan singa, atau tempat semayam singa( disini singa membawa maksud Raja). Pengaruh ini teresap kedalam budaya melayu sewaktu zaman Hindu Buddha.
Budaya bersanding dalam masyarakat Melayu merupakan pengaruh daripada budaya India yang diwarisi sejak turun temurun.
Pelamin dikenali sebagai manavarai dalam Bahasa Tamil yang mendukung maksud tempat yang menyatukan dua insan atau dalam bahasa yang mudah tempat bersandingan. Diskripsi tentang pelbagai jenis dan perhiasan manavarai dapat dilihat dalam karya tradisional Silappathikaram . Karya sastera ini membincangkan pelbagai jenis seni bina manavarai dan perbezaan mengikut daerah, kasta,dan negeri
Budaya bersanding wujud dalam kalangan masyarakat Melayu di seluruh Nusantara. Hal ini dapat dilihat di Indonesia dan Brunei. Setiap sub etnik dalam masyarakat melayu ,misalnya orang Aceh mempunyai reka bentuk pelamin yang berbeza. Pelamin orang Aceh secara tradisi diperbuat daripada kain baldu yang ditekat sebelum dibentuk menjadi pelamin.
Perubahan masa menyebabkan masyarakat melayu menggunakan tema dan trend terkini dalam reka bentuk pelamin. Perkahwinan bertema juga wujud dalam kalangan masyarakat Melayu yang berada. Misalnya, tema dasar laut, tradisional, Kranton ‘Raja Jawa’ dan alam fantasi.
Walau apa pun perubahan , kita mestilah mengutamakan ciri-ciri kemelayuan dalam reka bentuk pelamin. Banyak corak dan motif melayu yang boleh digunakan dengan cara moden untuk menghasilkan sebuah pelamin yang menepati zaman ini.